Ahad, 1 Jun 2014

erti pengajaran

kenangan tetap kenangan kehidupan tetap mesti di teruskan walaupun luka masih berdarah basuh saja dengan air mata dengan harapan lama-lama akan pulih, biarpun berparut .. biarpun nama mu  terukir di hati ..bertahun sudah ku belajar erti rindu erti sayang erti cinta erti penantian erti sabar ..sekarang akan ku cuba untuk belajar erti terima hakikat bahawa engkau bukan jodoh ku.. memang khilafku terlalu mencintaimu biarpun tiada secebis harapan buatku.. selamat tinggal Assalamulaikum..ku tidak menyalahkan dirimu tetapi ku salahkan diriku sendiri ..terima kasih juga mengajarku erti seikhlas mana pun kita mencintai seseorang ..jika ALLAH tulis dia bukan jodoh kita..tidak akan bersama..

Ahad, 15 Disember 2013

servis yamaha 135lc 5speed

 Assalamulaikum . seperti di ketahui umum bahawa minyak pelincir atau minyak enjin atau lebih di kenali minyak hitam(lepas di gunakan lahh baru hitam) amat penting untuk semua kenderaan oleh kerana semua kenderaan memerlukan minyak pelincir ..ye lah semua bahagian bergerak mesti ada minyak pelincir..terutama bahagian enjin kenderaan tersebut termasuk juga di bahagian luar enjin..contohnya..minyak pelincir untuk rantai motorsikal..okok berbalik pada minyak enjin..untuk motorsikal yamaha 135LC 5speed saya atau di kenali (puteri merah ) saya mengunakan minyak pelincir jenama TOTAL HI-PERF Racing 10w50 fully synthetic yang berharga RM35-45 (ikut kedai juga harganya) ..kelebihan minyak ni adalah minyak yang berjenama dan termurah hahaha..sebenarnya GRED minyak ini sendiri membuatkan saya lebih minat sebab saya jenis jalan jauh deret full throotel(std tak laju pun) jadi elok lah pakai minyak yang likat sikit..saya tukar setiap 3 ribu kilometer (kekadang terlajak juga) oleh kerana pelbagai minyak saya mencuba hasilnya total ini yang terbaik dari harga dan kualiti dia..jadi jika anda hendak mencubanya beli lah di kedai berhampiran anda..